Senin, 27 Mei 2013

UP DATE OLAHRAGA

MESKIPUN kerap memanaskan bangku simpanan, Manchester City tetap menyambung kontrak penyerang Sergio Aguero untuk tempoh empat tahun lagi.
JOSE Mourinho yang bakal mengendalikan Chelsea musim depan, tekad membawa pulang Romelu Lukaku yang dipinjamkan kepada West Bromwich Albion musim lalu.
PENYERANG Napoli, Edinson Cavani dikhabarkan bakal beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL), musim depan selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City dan Chelsea.
PENGENDALI Wigan Athletic, Roberto Martinez bersedia berbincang dengan pengerusi The Latics, Dave Whelan sebagai jalan terakhir untuk berhijrah ke Goodison Park musim depan.
BAYERN Munich tidak mahu sebarang kesilapan berlaku dalam tempoh 90 minit perlawanan berlangsung menentang Borrusia Dortmund pada pertembungan akhir Liga Juara-Juara.
PENYERANG Bayern Munich, Arjen Robben tidak mahu episod kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti pada aksi final Liga Juara-Juara tahun lalu, berulang kembali.
BORUSSIA Dortmund sudah bersedia berhadapan Bayern Munich pada pertembungan final Liga Juara-Juara Eropah di Wembley, awal pagi esok.
MENYEDARI kesungguhan Kelantan mempertahankan kejuaraan Piala FA yang dimenangi tahun lalu, Terengganu mengambil langkah berwaspada dengan ancaman pasukan lawan, lapor MOHD RIDUAN SALLEH.
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyambut baik tindakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang sedia mengambil langkah-langkah positif banteras gejala mengatur perlawanan bola sepak (bookie).
ENGGAN mengenang derita di Larkin, Rabu lalu, The Red Warriors mengharapkan tiga tonggak utama yang direhatkan pada perlawanan itu mampu mengubat kekecewaan tewas kepada Johor Darul Takzim (JDT), tempoh hari.
"PAHANG pasukan yang kuat jadi kami perlu lebih bersedia," kata Ketua Jurulatih Johor Darul Takzim (JDT), Fandi Ahmad menjelang pertembungan separuh akhir pertama Piala FA menentang Tok Gajah di Larkin, malam ini.
TIMBALAN Presiden Santos, Odilio Rodrigues akui Neymar berhasrat menyertai gergasi Sepanyol, Barcelona.
TONGGAK pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos berkata, kelab itu perlu membawa masuk pemain lincah Tottenham Hotspur, Gareth Bale.
BINTANG tengah Manchester United, Paul Scholes mengesahkan tidak bermain lagi dengan kelab itu pada musim akan datang.
KELAB Manchester City akhirnya mengambil keputusan memecat pengendalinya, Roberto Mancini berkuat-kuasa semalam.
PENYERANG berbisa Borussia Dortmund, Robert Lewandowski akui pernah mengadakan perbincangan bersama pihak Real Madrid.
KEGAGALAN Manchester City meraih sebarang trofi sepanjang musim ini membuatkan nasib pengendalinya, Roberto Mancini bagaikan telur di hujung tanduk.
BEKAS pemain tengah Manchester United, Dwight Yorke terkejut dengan layanan segelintir penyokong The Red Devils yang mencemuh Wayne Rooney ketika meraikan kemenangan liga kali ke-20, baru-baru ini.
"PENYOKONG Perak tak ganas!"

Tidak ada komentar:

Posting Komentar